Saturday, 19 March 2016

Prolog

PROLOG

          Rumah banglo di kawasan perumahan Ecohill itu membawa seribu kesedihan,tidak,mungkin lebih dari itu.Bagi Ain,dia sudah tidak betah lagi untuk tinggal di situ.Apa yang dia mampu lakukan adalah menangis,sambil bersandar pada dinding biliknya.Hanya mampu mendengar pertelingkahan di antara ibu dan ayahnya.
        "Zana,awak buat apa sampai tengah-tengah malam baru nak balik?!"kata Encik Haris dengan nada marah.Bukan sekali dua isterinya pulang lewat ke rumah,malah berkali-kali.

        "Saya buat kerjalah! Buat apa lagi?!"nafi Puan Farzana.Dia membalasnya dengan tengkingan.Bengang 

        "Buat kerja ke,keluar dengan jantan lain?"nadanya kedengaran sinis.

        "Jangan nak tuduh sembaranganlah!"tidak mahu mengalah.
            Dan pergaduhan itu merupakan kali yang,entah keberapa.
        Dia menekup kedua-dua belah tangannya dengan bantal.Hatinya bagaikan dihiris sembilu.Dia tidak faham,mengapa harus bergaduh? Tidak adakah jalan penyelesaian lain selain bergaduh? Bunyi yang membingitkan telinganya tadi hilang serta-merta.Bantal yang digunakan untuk menekup telinganya dialihkan.
        Dia termenung seketika.Hendak menangis.air matanya sudah kering.Pilu hatinya apabila melihat ibu bapanya bergaduh di antara satu sama lain.Sudah tidak adakah perasaan kasih sayang di antara mereka? Mana perginya rumah tangga harmoni yang terjalin dari awal perkahwinan sehingga dia mencecah umur 12 pada tahun lepas.Pintu biliknya terkuak sedikit.Tersembul wajah ayahnya.
        "Hmmm,kenapa tak tidur lagi?"ayah menutup pintu lalu duduk disebelahnya.Aku hanya mendiamkan diri.

       "Mata Ain merah.Kenapa?"soal ayah.Aku hanya menggeleng.

       "Ain dengar ke,apa yang ibu dan ayah cakap tadi?"soal ayah lagi.Aku mengangguk perlahan.

       "Ain minta maaf ya,Ain? Disebabkan pergaduhan di antara ibu dan ayah,Ain menangis dan tak dapat tidur.Kesian Ain.Nanti kalau ibu dan ayah bincang,kami tak cakap kuat-kuat,ya?"kata ayah dengan nada memujuk.Kepalanya diusap-usap.

        "Ayah tak sayang ibu ke?"soal Ain.Biarpun dia tahu soalan itu agak sensetif,namun rasa ingin tahunya membuak-buak.Tubuhnya dipeluk.

       "Ayah sayang....sayang,sangat-sangat..."  serak suaranya.Tumpah juga air matanya.
           'Ya Allah,hanya kepada engkau aku memohon pertolongan,bantulah hamba-Mu ini.Pulihkanlah hubungan kami..'
       Disebalik pintu,kelibat seseorang sedang memerhatikan mereka,tanpa sedikit pun menyeka air matanya yg mengalir deras di pipi.    

Taa'ruf



MY PROFILE

Name:Nur Alyaa bt Asri

Birthday:10/10/01

Study at?:SAM Hulu Langat\SAM 10(SAMTEN)

Siblings:I have 5 siblings.A sister,two brother,and a younger     brother

Mom's name:Harisun bt Musa

Dad's name:Asri bin Harun

Ulasan:Mujahadah itu pahit,kerana syurga itu manis.

Ana masih lagi belajar dan perlu meneruskan pembelajaran,kerana kita x boleh berhenti,sampailah hembusan nafas terakhir..Begitu juga dgn cinta ilahi..Cinta manusia,manusia akn pergi,cintakan bunga akn layu,namun cinta kpd ilahi,akn kekal sampai bila2..Cintailah Allah,kerana cinta-Nya kekal abadi..Hanya Allah tahu apa yg terbaik utk kita..hanya Allah saja yg akn tetap mengampunkan dosa kita,walau sebesar manapun,seluas manapun,seberat manapun walau menyamai langit dan bumi,Allah tetap akan ampunkan dosa kita jika kita bersungguh-sungguh dalam bertaubat..kerana Allah sayang akan hambanya jadi Allah terus dan terus memberikan kita peluang utk hidup utk kita bertaubat..sampailah hari taubat ditutup..ana pun rasa susah utk tinggalkan maksiat..ana bknlah yg terbaik sehingga boleh memberikan nasihat secara berterusan..tapi ana ingin kita sama2 berubah..berhenti menuding jari ke arah org lain..dan berusaha meraih cinta-Nya..

Rasanya sampai sini saja coretan ana..walaupun di blog guna ana..dlm real life still guna 'aku''kau'..yelah..skolah baru je buat sistem ni..jadi x biasa lagi..tapi lama2 nnt In Syaa Allah biasa..

  oklah,bai! Sayonara! Assalamualaikum.

Sampai