Saturday, 19 March 2016

Prolog

PROLOG

          Rumah banglo di kawasan perumahan Ecohill itu membawa seribu kesedihan,tidak,mungkin lebih dari itu.Bagi Ain,dia sudah tidak betah lagi untuk tinggal di situ.Apa yang dia mampu lakukan adalah menangis,sambil bersandar pada dinding biliknya.Hanya mampu mendengar pertelingkahan di antara ibu dan ayahnya.
        "Zana,awak buat apa sampai tengah-tengah malam baru nak balik?!"kata Encik Haris dengan nada marah.Bukan sekali dua isterinya pulang lewat ke rumah,malah berkali-kali.

        "Saya buat kerjalah! Buat apa lagi?!"nafi Puan Farzana.Dia membalasnya dengan tengkingan.Bengang 

        "Buat kerja ke,keluar dengan jantan lain?"nadanya kedengaran sinis.

        "Jangan nak tuduh sembaranganlah!"tidak mahu mengalah.
            Dan pergaduhan itu merupakan kali yang,entah keberapa.
        Dia menekup kedua-dua belah tangannya dengan bantal.Hatinya bagaikan dihiris sembilu.Dia tidak faham,mengapa harus bergaduh? Tidak adakah jalan penyelesaian lain selain bergaduh? Bunyi yang membingitkan telinganya tadi hilang serta-merta.Bantal yang digunakan untuk menekup telinganya dialihkan.
        Dia termenung seketika.Hendak menangis.air matanya sudah kering.Pilu hatinya apabila melihat ibu bapanya bergaduh di antara satu sama lain.Sudah tidak adakah perasaan kasih sayang di antara mereka? Mana perginya rumah tangga harmoni yang terjalin dari awal perkahwinan sehingga dia mencecah umur 12 pada tahun lepas.Pintu biliknya terkuak sedikit.Tersembul wajah ayahnya.
        "Hmmm,kenapa tak tidur lagi?"ayah menutup pintu lalu duduk disebelahnya.Aku hanya mendiamkan diri.

       "Mata Ain merah.Kenapa?"soal ayah.Aku hanya menggeleng.

       "Ain dengar ke,apa yang ibu dan ayah cakap tadi?"soal ayah lagi.Aku mengangguk perlahan.

       "Ain minta maaf ya,Ain? Disebabkan pergaduhan di antara ibu dan ayah,Ain menangis dan tak dapat tidur.Kesian Ain.Nanti kalau ibu dan ayah bincang,kami tak cakap kuat-kuat,ya?"kata ayah dengan nada memujuk.Kepalanya diusap-usap.

        "Ayah tak sayang ibu ke?"soal Ain.Biarpun dia tahu soalan itu agak sensetif,namun rasa ingin tahunya membuak-buak.Tubuhnya dipeluk.

       "Ayah sayang....sayang,sangat-sangat..."  serak suaranya.Tumpah juga air matanya.
           'Ya Allah,hanya kepada engkau aku memohon pertolongan,bantulah hamba-Mu ini.Pulihkanlah hubungan kami..'
       Disebalik pintu,kelibat seseorang sedang memerhatikan mereka,tanpa sedikit pun menyeka air matanya yg mengalir deras di pipi.    

No comments:

Post a Comment